Home > Materials > Policy
"Getah Antirasuah 2021-2025 (GETAR 2021-2025) merupakan dokumen dasar antirasuah yang dijadikan sebagai rujukan komprehensif dan inklusif dalam menangani perilaku rasuah bagi memperkukuh aspek governans dan integriti di LGM. Pelan ini dibangunkan selari dengan dasar dan matlamat Kerajaan ke arah ""Negara Bebas Rasuah†menerusi pelaksanaan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 telah dilancarkan pada 29 Januari 2019. Enam (6) bidang keutamaan telah dikenal pasti dan diberi tumpuan dalam pelaksanaan GETAR 2021-2025, iaitu: i. Tadbir Urus Korporat; ii. Pelesenan dan Penguatkuasaan; iii. Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti; iv. Perolehan dan Kewangan; v. Penyelidikan dan Pembangunan; dan vi. Pengurusan Sumber Manusia dan Pentadbiran Dalam usaha untuk menangani risiko-risiko yang telah dikenal pasti, sebanyak 14 objektif strategik dan 94 pelan tindakan inisiatif jangka pendek dan jangka panjang telah diwujudkan untuk pelaksanaansepanjang tempoh 2021 hingga 2025."
Publisher: Lembaga Getah Malaysia
Publication Date:16 August 2022
ISBN: -
Category: Policy
Type: Hardcopy
Copyright: Yes
Accessibility: Members
To access this content, please login or register HERE